hati.Bukan liver tetapi heart
Hm. Bagi kita menyuci hati, caranya memang banyak. Kalau nak disentuh, pelbagai aspek boleh sentuh. Aspek agama, aspek civik, aspek psikologi. Tapi cara membersih hati yang paling universal ialah tidur dalam keadaan tersenyum. Maksudnya bukanlah sebelum tidur kau cuba sedaya upaya ukirkan senyuman di bibir, bukan, tapi buang semua dendam, maafkan semua taulan, minta ampun pada Tuhan. Kalau yang Islam sudah tentu berzikir demi al-Tazkiyah (maksudnya penyucian, wah mentang-mentang sudah belajar Arab), kerana waktu berzikir kita memuji kebesaran Allah, waktu itu kita terasa kecil, bila kita kecil kita tidak besar, dan bila kita tidak besar, kepala kita juga tidak besar, maka apabila kita tidak besar kepala, ego kita juga saiznya boleh diterima akal, dari situ sifat pemaaf akan sebati dalam diri. Senang kan? Okay maaf, ayat saya yang buat ia nampak complicated tapi ia memang senang sebenarnya. Biar saya ringkaskan.
Kepala kecil=Ego kecil=Pemaaf.
Macam dibicara permulaan tulisan tadi, nak sentuh tentang hati yang senang terubat. Hati saya. Hati saya senang terubat. Sangat super duper senang memaafkan. Bila senang memaafkan, hati pun tiada dendam. Bila hati tiada dendam, hati pun rasa ringan. Bila hati ringan, senang orang nak lambung-lambung. Kemudian hati kembali kepada fasa memaafkan. Paham maksud saya?
Ahh what happens next, cycle itu bermula kembali. Hati dilambung-lambung, dan sekali lagi (yang wujud dalam cycle itu juga) kemaafan diberi. Diberi okay. Tidak diminta atau tidak ditagih dari peluka dan pengecil hati. Kemaafan diberi waktu sebelum tidur (sebelum tidur memaafkan memaafkan memaafkan). Kadang-kala (okay bukan kadang-kadang tetapi sangat selalu) orang sekeliling akan rimas. Sebab cepat sangat berbaik semula dengan orang. Cepat sangat berkata tak mengapa. Cepat sangat terlupa sakit apa yang pernah singgah kat hati sendiri. Tapi nak buat macam mana, hati senang terubat. Sekali lagi diingatkan kita tak mampu control hati kita. Kita juga tidak mampu control kadar kepantasan ia sembuh (terubat).
Maka kalau ada di antara darah daging atau rakan taulanmu yang mempunyai hati sebegini, tolong biarkan mereka, jangan banyak menyoal memaksa. Hargai, malah.
No comments:
Post a Comment