apabila kisah silam tiba-tiba menyelubungi kembali

Tajuk entri yang tak pernah-pernah aku buat sebelum nie. entah kenapa la aku terasa mahu buat tajuk yang sebegitu rupa. entri kali ini tidak mengambil paras rupa siapa2. harap maklum. haish. aku pun tak tahu. bercerita kembali tentang kisah silam sangat la tidak patut diceritai kembali. kenapa? kerana perkara tersebut sudah lepas la. kita kena lah memandang kehadapan. bukan ke kebelakang. TAPI macam mana kalau kisah silam datang kembali seperti tajuk entri aku pada hari ini?

kisah silam ni mengaitkan beberapa perkara. kisah silam yang menggembirakan. kisah silam yang menyakitkan. kebanyakannya lah, kisah silam sering kali dikaitkan dengan kisah-kisah yang tragis, tangisan, dendam dan juga kebencian. jarang sekali kita mengaitkannya dengan kisah-kisah yang menggembirakan. contohnya seperti menyambut hari jadi. adakah kita memanggilnya sebagai kisah silam? tidak tidak. kita lebih cenderung memanggilnya sebagai kenangan.

kisah-kisah silam sangat penting bagi kita untuk belajar dari kesilapan. (jika kisah silamnya ada menbuat kesilapan). oleh itu, kita perlu lah memperbaikinya agar tidak melakukannya lagi di masa hadapan. jika kisah silamnya berbaur percintaan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai atau sebagainya, kita haruslah bijak untuk tidak memilih seperti individu yang telah menghancurkan hati kita tersebut. maksud saya disini ialah kita harus lah membuat 'pros and cons' terhadap individu yang ingin mendekati kita dengan individu yang telah menghancurkan hati kita dulu agar kita tidak mendapat individu sebegitu rupa pada masa hadapan. faham? bagus. disini ingin saya selitkan beberapa tips agar anda dapat melupakan kisah silam anda ;

1.buang semua gambar2 kenangan bersama
2.barang yang dihadiahi tu suka hati la korang nk buat apa. buang ataupun simpan. sesetengah individu simpan. sebab dah jadi hak milik kekal. mane boleh buang. lagi-lagi kalau yang mahal tu.
3.buang semua lagu2 yang membolehkan anda mengingatkan kembali kepada individu yang tidak berkenaan itu.
4.delete orang tersebut drpd facebook mahupun myspace. plus, buang nombor orang tersebut drpd fon list anda.
5.jangan sesekali menelefon mahupun sms orang tidak berkenaan tersebut. tunjukkan bahawa kita juga boleh hidup tanpa orang itu.
6.mula bergaul dengan teman-teman. sibukkan diri anda dengan assignment anda yang melambak tu. kalau dah habis, buatkan member punya assignment pulak.

Itu sahaja lah tips yang dapat aku kongsikan . kita juga harus lah yakin dengan diri kita sendiri bahawa kita hidup bukan seorang diri sahaja di dalam dunia ni. ramai lagi orang yang sayang dan mahu kan kita supaya terus hidup untuk masa hadapan. oleh itu, jangan la bersedih jika kisah silam tiba-tiba menyelubungi anda kembali kerana masa depan anda lebih berharga daripada kisah silam anda. bergembira lah selagi boleh dan jangan sesekali membiarkan kisah silam anda menyelubungi anda kembali :)

merepek of yaya!!

2 comments:

  1. pndi ko berhujah...
    hahahaha
    tp kdang2 x senang nk lpe auw...
    automatik teringat sndr...
    2 yg ssh....
    tips yg ko bg sume 2 bnyk bgus...
    tp depend kt owg 2 laaa...
    mcm ne die handle pmikiran die...

    ReplyDelete
  2. btol 2..tp bg aq kan,mmg susah nk lupe lorhh..asik teringat jew.2 la pasal aq tulis pasal bende2 ni..hahaha

    ReplyDelete